Cinta tak mesti memiliki}
Yup. Aku tahu aku sakit. aku luka. Sehingga memberi parut yang menjadikan aku serik untuk ambil tahu tentang cinta lagi. Aku tolak kehadiran cinta yang lain. Aku kekalkan diri aku terus bersendiri sepi. Umpama aku berkabung selamanya kerana kehilangan dia.
Yup. aku masih duk stalk FB dia hari-hari. Walaupun aku dah unfriend/block dia. Aku sanggup create a fake account just to be her/him friend. Aku masih simpan mesej dan gambar dia. Masih setia menunggu deringan panggilan dari dia. Masih menangis tanpa dia disisi.
Yup. Aku nak buktikan yang cinta aku hanya untuk dia. Aku nak buktikan yang aku sayangkan diri dia saja. Dan aku nak dia tahu yang aku merana dan melara tanpa dia disisi aku. Aku nak dia tahu yang aku masih setia menanti dia.
Tapi. Aku sedar, dikala aku teruk begini. Sedikit pun dia tidak hiraukan aku. Sedikit pun dia tidak pandang kau lagi. Sedikit pun dia tidak menjenguk aku. Sedikit pun tidak terlintas memikirkan aku.
Hey. Dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Dia tak perlukan aku dalam hidupnya lagi. Its time for me to get up from my falling. Its time for meto remove my tears away. Aku takkan biarkan diri aku jatuh selamanya. Macam kawan aku cakap,
"Tak salah andai kau terjatuh dan menangis, tapi adalah salah kalau kau jatuh dan biarkan diri kau terus terduduk dengan harapan dia akan hadir menghulurkan tangan. Tak perlu, dia entah tahu kauaku jatuh entah tidak. Andai dia tahu sekalipun, entah ada rasa simpati entah tidak. Sudah lah.
Kau cintailah Ilahi. Kerana DIA tidak akan pernah menolak cinta kau. Berjalan kau merapatiNya, berlari DIA merapatimu. Kau akan temui kebahagiaan kau. Dan aku yakin, kau akan bertemu yang lebih baik daripada dia. Dan kau akan tahu why ur relationship was over then. Kerana cinta tulus kau itu TIDAK LAYAK untuk orang yang tidak menghargainya. Come on lah. Aku taknak tengok kau biarkan terus diri kau dalam keadaan mcm tu. Be strong babe!
Terima kasih kawan, dedicate to me: Iraa keep calm and smile ;')
SEPTEMBER DATE}
Untuk elakkan blog ni berhabuk, ira akan cuba update slalu insya-allah :) Smenjak bulan lepas lg nasib blog ni dh tengelam timbul dah.erk? Hahahha stop the childish iraa. okeyy back to asal, nmpak tak title of the years tu? Okey ada maksud yg mndalam kt situ sbenarnya.
14 Sept 2014 - pergi outing dgn kawan. Sebenarnya dh rancang lama dah, selalu je xjadi. huhuhu :( Tp, allhamdulillah.. semalam dah tertunai impian iraa nk outing skali. k bila mati, ira xde la mnyesal sngat. *xlawak iraa. okeyy maafkan iraa skali lg.. teruskan. Kami rancang nk pergi street art, peneng. lepas tgk kwn baik tersangat baik -_- ira tunjuk gmbar diorang outing kt situ.. ohmaigoooood!! segak gila :P jeles2 tu yg nk pergi jgk.Lgpun ni boleh kira firsttime la outing jejauh sana.
Yg pasai basikal tu, ada bnyak kedai yg tawarkan prkhidmatan sewa ni, Klau yg pndai cari yg murah, murahlaa harga dia. Ikut jenis basikal laa. ada couple bike. Alaaa.. yg depan blakang boleh kayuh tuu. Masa rancang nk p street art ni.. mmg dh nk naik basikal tu dah. eksaited lebih. xpernah naik la katakan. Tp,, smpai sana habis terus. Dah nasib kan? Pastu ambik laa basikal yg elok sikit 5bijik. semua harga lebih kurang RM50. seorang RM10 cmtu.
Dpt2 basikal bwak laju2 p cari lukisan yg ada kat dinding2 sekitar kwsan tu.. penat! sampai sesat la.. Masa sewa bsikal tu, diorang bg peta, tp dh ditakdirkan kami ni buta peta dri azali... hnya mampu senyum tgk peta tu.,. Last skali, tnya org :P
IKUTI PERJALANAN KAMI SELAMA 9 JAM DI STREET ARTS :)
ootd masa p tuu. just simple
ni laa basikal yg kami pilih tu..
snap dgn adik kawan. comeyy dia disitu.time nk ambik lg satu kan, bas hon. omG x prsan snap tgh jlan. MALUUU
knapa iraa cerah disitu? hehe
Nampak x diorang selfie x ajak? Huhuhu
Yeahh, ada jgk gmbar selfie :P
sbenarnya bnyak lg tmpat yg ada mcm2 lukisa yg berbeza, tp masa x mngizinkan kami outing lama2, ylaa, sesat dlm prjalanan dh mkn masa
Dlm bnyak2 gmbar yg ada lg dlm pendrive tu, yg ni pling iraa suka
P/S: iraa yg pakai tudung hijau tuu. cute x? Nkbgtaw yg FB ira dh deactive, sapa yg nk contact ira tu boleh guna wechat, blog, email, whatapps dn instagram. yg lain semua xde.TQ
Kad raya kedua dari MISS AZWARSYUHADA}
Balik sekolah jaa minggu lepas, ternmpk something kat pintu pagar rumah. Bushh! lompat keluar Dari kereta terus menjerit bila nmpak smpul surat kecik. n dah agk. dlm tuu KAD RAYA. Eksitednyaa.. Kad raya ni adalah kad raya kedua daripada
http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/. Sapa takkenal dengan blogger femes kita nih.. Terima kasih ye SYUHADA sebab sudi mengutuskan kad raya kepada iraa nih.. terharu sat.*sobb
#BRA vs #GER}
.
ahhhh. sedihh je iraa tengok perlawanan antara brasil dengan germany ! sebab iraa ni penyokong brasil. iraa pun taktahu kenapa iraa suka sangat pasukan brasil ni. dari dulu lagi iraa suka sampai sekarang. tak pernah luntur.Mungkin ada neymar kutt :P tapi bila tengok permainan semalam, memang iraa kecewa besar dengan brasil. so, bye bye brasil. jumpe 4 tahun lagi ye *rasa nak bunuh je orang yang cederakan neymar tu :P
permainan diorang semalam macam apa je -.- geram pulak. macam tak pandai langsung main bola. taktahu laa kenapa. ke sebab neymar takde? ke sebab t.silva takde? kenapa harapkan mereka je? sedap pulak iraa komen. bukan iraa yang main kan? diorang dah cuba sedaya upaya dah. memang takde on. asyik keeper germany dapat tangkap je bola yang mereka tendang ! sakit pulak hati tengok -.-
dah dah tu, germany bagi 7 gol kot ke brasil. memang malu besar laa brasil. di laman sendiri lak tu. sedihh wooi. iraaa dapat rasakan. semua penyokong diorang menangis. memang patut menangis pun sebab ni laa kekalahan paling teruk yang brasil alami selama ni. tapi germany hebat. tak dapat dinafikan. .
tapi sekarang aku sokong belanda. team kedua aku.Team pertama masih BRAZIL lagii .. hope dapat menang lawan team messi tu. walaupun iraa suka messi. hahaha. lau belanda dapat masuk akhir, nasihat iraa kepada germany, beware ye bro. hahaha. belanda dah banyak kali jadi naib juara. maybe tahun ni, tahun diorang menang. dan iraaa memang nak belanda juara pun. hahaha. sebab memang taknak bagi germany menang. sebab dah malukan pasukan tuan rumah. hahaha. apa-apa pun, goodluck to belanda !
keputusan : brasil 1 - 7 germany
Kasih abang sampai mati}
Tengah berblogging sana sini .. tetiba terjumpa artikel yang menarik yg iraa nak kongsikan :) Sedihyy :'( Kejammm
Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.
Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri selepas dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.
Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.
Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu.
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat.
Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.
Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.
"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.
"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.
“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia," katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia.
MUHAMAD Hafiz dikatakan dibelasah bapa hingga mati. FOTO Ariffin Salleh
SEORANG daripada sembilan adik mangsa meninjau anggota unit forensik melakukan siasatan ke atas mayat Muhamad Hafiz. FOTO Arifin Salleh.
NEYMAR TIDAK LAGI BERAKSI DI PIALA DUNIA :(}
Dr Rodrigo Lasmar telah memberitahu kepada wartawan Neymar mengalami keretakan di bahagian tulang belakang ketika Brazil menang 2-1 ke atas Colombia.
Pasukan tuan rumah itu akan bertemu dengan Jerman di pusingan separuh akhir di Estadio Castelao.
Thiago Silva berjaya membuka jaringan pada awal perlawanan sebelum David Luiz melakukan rembatan kencang dari sepakan percuma meletakkan Selecao di depan. James Rodriguez menyermpurnakan sepakan penalti pada 10 minit terakhir perlawanan.
Kemenangan 2-1 itu telah diragukan dengan kecergasan bintang mereka Neymar yang terpaksa diusung keluar ketika perlawanan masih berlangsung.
Pemain berusia 22 tahun terlantar selepas terjahan lutut tepat pada bahagian belakang dari Juan Zuniga dan Dr Rogrido Lasmar telah mengesahkan keretakan tulang belakang sekaligus menamatkan aksinya di Piala Dunia.
"Ia merupakan bukan kecederaan yang serius dan tidak memerlukan pembedahan, tetapi dia perlu berehat sepenuhnya untuk pulih."
Lasmar memberitahu tempoh untuk pulih mungkin mengambil beberapa minggu sehingga Piala Dunia tamat.Kecederaan yang dialami Neymar dan Thiago Silva digantung perlawanan tidak dapat beraksi menentang Jerman akan memberikan tamparan hebat untuk pasukan Brazil.
Ramai orang nak menyaksikan aksi hebat Neymar dalam World Cup ni. Tapi sayang terpaksa direhatkan sebab kecederaan. Apapun harap neymar cepat sembuh demi peminatnya termasuklaa iraaa :(
CORETAN DARI FELIXIA YAP - 3 JULAI HARI KELAHIRAN SEMULA KU}
Tersentuh hati iraa bila terbaca coretan daripada Felixia Yap..disini sengaja iraa nak share kan coretan Felixia Yap ni..semoga menjadi ikhtibar dan menjadikan kita lebih berusaha untuk menjadi seorang Islam yang lebih baik...amiinn..
3 Julai : Hari Kelahiran Semula Ku - Felixia Yap
Assalammualaikum.
Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.
Bantahan.
Makian.
Sindiran.
Fitnah.
Penyisihan.
Tekanan.
Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.
Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya.
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah.
Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya.
Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.
Saya tetap teruskan perjalanan.
Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.
Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.
Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.
Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."
Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.
Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan.
Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui.
Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)
Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya.
Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.
Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.
Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah.
Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.
Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.
Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan.
Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.
Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?
Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.
Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.
Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.
Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.
Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.
Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.
Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.
***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.
Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.
Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu.
Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.
Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.
Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis.
Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.
Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"
Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.
Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.
Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.
Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi.
3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.
Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.
Tidak ada sebarang media yang akan hadir.
Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya.
Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.
P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace".
Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.
*copy dari blog Felixia Yap
Selamat Berpuasa untuk Semua. }
Assalamualaikum..
Iraa ucapakan selamat menyambut bulan Ramadhan
buat reader-reader semua...
Semoga bulan mulia ini memberi kebaikan kepada semua untuk berubah secara mental, rohani dan fizikal..Lipat gandakanlah amalan dan pahala..moga amal ibadah kita di terima Allah SWT. Aamiin..
Ok, selamat berpuasa, jaga mulut, jaga hati dan segala-galanya dari perkara mungkar. Yang penting bukan sahaja di bulan puasa tapi bulan-bulan lain juga. Jangan puasa yang yok pagi-pagi tegokk periuk..muahaha,, pastu kalau korang tuttt, hormatilah orang yang berpuasa..jangan sebab kau "cuti" kau melantak depan orang.. Ok baiiiiiiiiiiiiiiiii...
Iraa nak ucapkan selamat berpuasa juga kepada semua rakan FB,rakan IG, rakan
blogger, rakan dekat rakan rapat, ahli keluar dan sanak saudara...Moga Ramadhan
kali ini terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus melaksanakan ibadah
puasa dan ibadah-ibadah yang lain.
Iraa juga memohon maaf kepada semua pembaca blog iraa sekiranya penulisan iraa ada mengasari jiwa korang serta salah dan silap atas ketelanjuran kata2 di blog selama ini..
Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua bloggers, followers dan readers semua ^^
Sekian,salam hormat!
" Puasa Jangan Tak Puasa Tau! "*Setiap kali tengok TV ada pengisytiharan esoknya puasa . Mesti ingat scene ni . Haha
Jom join WhoHAA}
Assalamualaikum.
pa itu
WhoHAA ? Senang kata kumpul points dan kemudiannya redeem hadiah.
Tadi, ada sorang ni, Dia tanya macam mana nak cek points dan macam mana hadiah tu dihantar ke rumah kita. So, di entry ni, iraa nak jawab soalan dia. Cumanya iraa nak kongsi juga macam mana nak daftar WhoHAA ni :)
Maaf, gambar di bawah mungkin kurang jelas, tapi korang trylah tengok
Macam mana nak daftar WhoHAA
1. Register di sini > WhoHAA < 2. Isi borang yang diberikan betul-betul. 3. Tick right tanda korang setuju dengan terma & syarat web WhoHaa ni. 4. Klik Create Account
Kumpul Points di Earn Points
2. Pilih ads yang telah disediakan.
3. Jawab soalan yang diberikan. Jawapan ada pada poster.
4. Teruskan menjawab segala ads yang ada.
Cara Periksa Points
2. Dia akan keluar Overview dan lain-lain.
3. Korang tengok bahagian Overview tu, ada dia tulis Your Available Points. Di situlah korang boleh tengok berapa banyak points yang telah korang kumpul.
4. Bonus Points Earned tu bonus bila ada orang yang daftar WhoHAA bawah korang. Nak refer orang lain ? Pergi ke bahagian Refer a Friend.
5. Latest Redemption tu bila korang ada tebus apa-apa guna points korang, dia akan keluar dekat situ.
Kalau korang tak selalu login WhoHAA ni, dia tak akan kurangkan points korang -
Kat bawah ni pula antara hadiah yang ditawarkan !!
Jadi, korang faham tak ? Maaflah gambar kurang jelas :(
Boleh rujuk jumlah point yang diperlukan untuk tuntut hadiah tu . Haisss , masih banyak lagi usaha untuk tuntut hadiahh .. T^T
Masih belum daftar WhoHAA ? .
newer post
older post