" F L O W E R "

haipakwe.blogspot.com

Hello bello!


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

Knock knock, who there? Hey, welcome to my world, let's dance in the rain :D Iam Neymar Wife


We can chatting here



Be nice. Dont be anonim. Dont use harsh words.



©Template make by Adila. Base code Zaty. Some code from Jaera.




(。◕‿◕。) GeleDah PoPulaR (。◕‿◕。)}
Friday, November 23 | 2:54 pm | 0Comment

     Wah . . pg yg indah kn ? amaCam cuti k0lah ? Bestt ? heHex . Pagi td eirah ngan Ayah pergi hikking . Dh penat-2 p panjat bukit tuu . . mesty laa rasa penat kn ? so , kami cadang nk makan kt JuSc0 . kami 2 org Jer yg mkn . Mak , abg , adek x maii bab lepa semua x suka pnjat gunung nie . . s0, kami jelaa . Dh abiS mkn , kami g meronda kt shopping mall tu . . Tiba-2 ayah beli Cd PsP kt sana . ! ade mcm-2 Cd la ayh beli . X sngkaa dpt g shoping ngan ayh . Kalau g shopping ngan ayah , eirah nk beli ape pun x pa sbab ayah ni x kedekut . Kalau mak ! Hishh , nk beli eskrem pun pikiaq 2,3 kali bru leh dpt .

      Rase bru jp jer kami berjln , dh . . 4,5 beg kertas dh kami pegang . yelaa , nnty kan kmi family nk g naek StarcRuise LibRa kt Peneng Tuu . . Tkkan nk p sane pakai bju capayam tu kut . Haaha . Ayh beli kasut , baju , seluar , jam , . Eirah ingatkan pompuan je yg pndai shopping . ayaH pun same gk . Aishh , Aku tgk , ayah aku x ingat apedh . Mcm shooping mall tu dye punya hahax. . :D , Nk dekat 2 Jam dok window shopping . Ayah pun nk balik dh . eirah beli Apa ? Alaa , beli Camera CaNon Jer . . haaha, balik umah tu pulun tunjjuk kt adex ar . .

     Ha ! satu g eirah ade la bodek ayh belikn eirah n0vel . Sebab stok novel eirah dh abis . Lgpun ayh eirah suka gk baca novel . Kengkadang Ayh tidoq kul 4 pg sebab bca novel . Hahaha nk tergelak pun ade bila teringat balik . korang nk taw eirah p popular dok buat popular tu macam eirah punya . cari sana , cari sini . ayah pulak duk kt kaunter pembayaran jer . . eirah la duk kena cari . Ayah bukan nk tlg eirah carikan . ayh ckp , eirah reti cari -2 novel ni . yg eirah cri semua cite dye syok2 ayh ckp . Haha, you know me ! .  Hampir setengah jam eirah dh jumpa dh novel yg eirah  tgk syok ! ni la novel- novel tu !
Sinopsis:-

katan pernikahan ini wujud kerana salah faham. Itu yang Nasira mampu bariskan untuk menggambarkan ikatan yang telah membawa gelaran isteri kepada dirinya. Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura. Tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. Apabila kecurangan itu terbongkar, dua hati terluka minta disembuhkan. Tak sampai dua jam berkenalan dan baru saja bertukar nama, mereka telah ditangkap basah. Ini terjadi akibat salah faham. Nyata, mereka berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah. Untuk menjaga nama baik kedua-dua belah keluarga, tiga hari kemudian mereka dinikahkan.

“Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?” Nasira bertanya dengan lembut.

“Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam? Terima ajelah.” Nuqman membalas dengan selamba.

Mengenali Nasira membuatkan Nuqman jatuh cinta semula. Luka di hatinya menghilang begitu sahaja kerana takdir yang dia terima cukup indah. Tidak timbul isu frust menonggeng kerana kecurangan Zura. Tidak sempat dia hendak melayan blues, hatinya terisi semula.

Sejak mengenali Nuqman, Nasira kenal erti keluarga. Sementelah dia telah dibuang keluarga kerana kes tangkap basahnya itu. Dia tahu erti kebebasan dan erti kebahagiaan sejak menjadi ahli keluarga Nuqman yang menerima kehadirannya dengan tangan dan hati yang terbuka. Pertama kali bertentang mata dengan Nuqman, dia beranggapan bahawa lelaki itu adalah seorang yang tegas lagi garang. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang menyenangkan kerana pandai menghiburkan hatinya. Semakin lama dia mengenali lelaki itu, dia semakin tertarik dengan Nuqman.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, baru belajar bercinta. Dalam belajar bercinta mereka dapati cinta sahaja tidak mencukupi. Harus ada ‘perencahperencah’ lain. Rumah tangga mereka dilambung ombak yang hampir menghanyutkan mereka. Nasib baik ada yang sudi menghulurkan tali, agar mereka tidak terus hanyut dibawa badai.

Bertitik tolak dari situ, mereka terus belajar bagaimana bercinta, berkasih dan hidup bersama sehingga mereka cukup kuat melalui setiap dugaan bersama-sama.

Mereka belajar mencari adunan yang paling tepat untuk kasih mereka. Mencari adunan kasih hati mereka. Mencari adunan cinta mereka. Bisakah mereka menemui resipi adunan itu? Atau adakah mereka akan terus mencari resipi adunan hati?

“Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut, kita akan menemui kunci bahagia itu.”
 
Sinopsis:

Kupercaya Ada Cinta menyingkap kisah Hazz yang agak terkebelakang dalam berfesyen serta digelar sebagai ‘wanita sihir’ oleh pelajar-pelajarnya di kolej disebabkan sikapnya yang tegas dan garang ketika mengajar.

Perjalanan hidupnya mula berputar tiga ratus enam puluh darjah selepas dia bertemu dengan Fakhri, seorang pereka fesyen akibat kemalangan sewaktu ingin ke tempat kerja. Mereka berdua bagaikan seteru dan berdendam di antara satu sama lain akibat kemalangan itu lalu terjadilah peristiwa yang mengaibkan Hazz sepanjang hidupnya hingga memaksa beliau menyaman Fakhri. Fakhri yang tidak mahu naik turun di mahkamah rela dijadikan sebagai ‘hamba tebusan’ dengan syarat dia harus menukar imej Hazz dalam tempoh enam bulan.

Dalam masa yang sama, papa Hazz dan mama Razznal ingin menyatukan mereka berdua. Tetapi Hazz tidak mahukan sebuah perkahwinan tanpa sebarang cinta. Razznal pula telah pun mempunyai ‘kekasih gelapnya’ – Gabriel. Kepada Witch (rakan chatting di alam maya) Razznal meluahkan permasalahannya kerana hanya Witch yang bisa membuatkannya tertawa dan melupakan sementara tekanan hidupnya. Kepada Fakhri Hazz meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap papanya yang mengongkong hidupnya.

Bagaimanakah kesudahan kisah Hazz? Siapakah jodohnya? Razznal? Fakhri? Atau Zaidib… pujaan hati Hazz secara senyap-senyap itu?
Hmmm… bagaimana pula dengan Razznal? Adakah cinta songsangnya utuh bersama Gabriel? Siapakah identiti sebenar teman chatting Razzlan di alam maya itu? Siapakah Witch yang sebenarnya?

 
Sinopsis:

Nurul Anis adalah seorang anak yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup di dalam serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yang sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yang menghalang sehingga memaksa Cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui ‘tulisan’ di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dalam usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yang lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jinjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda.

“Jadi... Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?”

“Cikgu... saya cintakan cikgu tapi untuk berkahwin dengan cikgu dalam usia saya yang semuda ini, sangat berat bagi saya. Cuma itu aje yang cikgu kena faham.”

Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal pernikahan. Namun SMS daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dengan Aida untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar di dalam rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yang hampir-hampir meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dalam pada itu juga, kehadiran Aida seringkali menyakiti hati Nurul Anis dengan mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kepada Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorang isteri apabila mendengar pengakuan itu.

“Awak terlalu naif Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang-senang ke dia nak lupakan saya? Tak mungkin!”

Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat ‘sayang cikgu ketat-ketat’ kepada suaminya?
 
 
SinoPsis:
 

Kerana cinta, Hairi rela melepaskan kemewahan hidup demi melalui kehidupan serba ringkas bersama Salina yang amat dicintainya. Tetapi Salina telah pergi buat selama-lamanya setelah melahirkan tanda cinta mereka berdua: Farina.

Kerana cinta, Cinta merana ditinggalkan Hazriq yang lebih mencintai kerusi CEOnya daripada mempertahankan cinta mereka.

Kerana cinta, Hairi dan Cinta membawa diri ke Pulau Perhentian. Kerana cinta, mereka dipertemukan. Kerana cinta, mereka sekali lagi mengharungi dugaan hidup.

Namun mereka tetap menempuhnya dan mempertahankannya hanya KERANA C.I.N.T.A.
 
_____________________________________________________________________
 
yg ni laa kesemua novel-2 yg eirah beli . bnyak kn? yelaa nnti x leh beli ngan bca dh sbb thun depn exam PMR . mesti my mum x g beli dh . kahkahkah ! . semua harga novel tu Rm 74 haha , tp ayh x marah pun . Ayh geleng kepala jer . kehkeh , klaa bye bye reader ! see you soon at the next N3 ! tadaa . .