|  Hello bello!   " I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "  We can chatting here   Be nice. Dont be anonim. Dont use harsh words. | 
refresh  
profile
link
follow
  TIPS UNTUK PELAJAR } Saturday, January 19 | 6:41 pm | 0Comment 
Tapi
awas semua, jangan berlalu rileks. Ini bukan masa untuk bersantai dan rileks
memanjang. Inilah masa untuk mengorak langkah dan memulakan strategi. Inilah
masa untuk memecut.. 
Kita
semua harus mengambil iktibar dari cerita kura-kura yang memenangi pertandingan
lumba lari dengan arnab. Kura-kura sangat istiqamah untuk menang dan dia
mengorak langkah yang lebih awal sedangkan arnab hanyut dibuai angan2. 
Betulkan niat 
"Setiap
amal bermula dngan niat. Setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan."  
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
Kawan baruBerkawanlah dengan orang yang baik-baik
dan carilah kawan2 baru yang setia. Ingat nama mereka dan selidikilah latar
belakang mereka. 
Jaga nama baik sekolah 
Di mana bumi dipijak, di situlah
langit dijunjung. Tanamkan rasa bangga dan pertahankanlah sekolah anda kerana
ia melindungi anda selama 7 jam sehari. 
Sayangi guruJangan berburuk sangka dengan guru
dan ucapkanlah terima kasih untuk ajaran mereka. Minta maaf jika ada membuat
kesalahan kepada mereka. Suka semua subjek 
Semua subjek adalah penting, jadi
fahami semua sekali. Jika ada yang tidak faham, segeralah bertanya kepada guru
atau rakan. 
Hadir semua aktiviti sekolah 
Semua aktiviti seperti perhimpunan
mingguan, mesyuarat persatuan dan sambutan perayaan adalah penting. Jadi hadiri
semua aktiviti tersebut. 
Cergas dalam kokurikulum 
Pilih sekurang-kurangnya satu
aktiviti yang anda sukai kerana anda perlu kekal cergas dalam aktiviti
kokurikulum. Merit juga diberi berdasarkan penglibatan anda dalam aktiviti
tersebut. 
Mengurus beg sekolahBeg sekolah anda umpama senjata bagi
askar yang akan bertempur. Jadi isi beg anda dengan keperluan persekolahan anda
sahaja. Membina imej diri 
Bawalah penampilan diri yang kemas,
proaktif dan bersopan sama ada dari segi fizikal, pakaian dan akhlak. 
Siap siaga dalam kelas 
Anda mesti bersedia 10 minit sebelum
kelas bermula. Amalkan sikap bersungguh-sungguh, cergas dan aktif ketika
belajar. 
Ulang kaji 
Ulangkaji setiap tajuk2 yang lepas
apabila ada masa terluang di dalam kelas. Anda akan mempunyai banyak masa di
rumah untuk belajar topik2 yang baru. 
Jaga pemakananElakkan mengambil makanan ringan
yang tidak berzat, sentiasa bersarapan apabila ke sekolah dan minumlah air
kosong@mineral dengan banyak. 
Jauhkan diri dengan keganasan seperti; 
§ 
Tahap
awal - menconteng dan menyalahguna kemudahan awam 
§ 
Tahap
pertengahan - merokok, ponteng  dan
melawan guru 
§ 
Tahap
kronik - gengterisme, buli, seks dan menghisap dadah 
Dengan
melakukan persiapan seperti  di atas,
anda akan mampu  menggarap ilmu dengan
lebih selesa, mudah dan cepat. Ini pastinya akan menjadikan anda lebih berjaya
berbanding tahun-tahun yang lepas.. | 

.jpg)





 Exchange link? tell me at my cbox.
  Exchange link? tell me at my cbox.