|  Hello bello!   " I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "  We can chatting here   Be nice. Dont be anonim. Dont use harsh words. | 
refresh  
profile
link
follow
 Alasan Gadis Tidak Balas SMS !} Saturday, March 8 | 1:28 pm | 0Comment 
“alamak, kenapa dia tak balas SMS aku nih.. Mesti tengah  
Ahhhh semua ini alasan lapok sahaja. Sesibuk macam mana pun seseorang itu sekali pun tak akanlah si dia langsung tidak ada masa beberapa minit untuk membalas pesanan ringkas korang. Betul tak ? 
Jika hingga memakan masa sehingga dua hari  - seminggu itu bermakna si dia benar-benar sedang menjauhkan diri daripada korang. Tetapi kenapa ya ?? ketahui 4 alasan paling kukuh mengapa si dia tidak membalas SMS kamu. 
★   MENGUJI KESABARAN KAMU 
Buat pengetahuan kamu, gadis  memang suka menguji. Jika di benar-benar tahu bertapa kamu menyukainya si dia memang sengaja ‘menghilangkan diri’ kerana ingin melihat sejauh mana kamu akan mencarinya dan adakah kamu benar-benar ‘fight’ untuk dapatkannya atau tidak. So boys, jangan mengalah dan berhenti ya! 
★   TIDAK TERTARIK DENGANMU 
Kemungkinan besar si dia tidak tertarik dengan kamu oleh itu si dia cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari kamu. Kalau begitu jangan beri message bertubi-tubi kerana ia akan menyebabkan perasaan benci mula timbul. 
★   KAMU TERLALU MEMBOSANKAN 
Gadis memang mempunyai cita rasa yang tinggi dan unik. Memang sukar di ramal tetapi andai kata tiba-tiba si dia menghilangkan diri dan tidak balas SMS kamu itu bermaksud kemungkinan besar si dia telah temui seseorang yang jauh lebih menarik berbanding kamu. Ada kemungkinan kamu agak membosankan kerana itu si dia cuba hentikan perhubungan dengan kamu. 
★   TIDAK KENAL 
Tidak mustahil juga jika gadis tersebut sebenarnya tidak mengenali nombor atau nama akaun sosial media kamu. Bayangkan, tak akan lah si dia ingin berhubung dengan orang yang tidak di kenalinya bukan ? Oleh itu lebih baik jika kamu perkenalkan diri kamu dahulu sebelum mengajak si dia keluar atau berjumpa. | 






 Exchange link? tell me at my cbox.
  Exchange link? tell me at my cbox.