Hello bello!
" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck " We can chatting here
Be nice. Dont be anonim. Dont use harsh words. |
refresh
profile
link
follow
3 layers tea}
Thursday, May 22 | 11:28 am | 0Comment
kalau pegi restaurant, pernahkah kamu minta minuman macam dalam gambar ni? ala.. yang tiga lapis tu.. mungkin kalau pegi kedai mamak teh tiga lapis dia xfaham. kamu perlu cakap three layers tea baru dia faham. hehehe.
apa pun, iraa nak cuba buat benda ini. kalau xsilap satu gelas tu rm3.50 juga wooooo.. bila tengok bahan-bahan ni memang padanlah harganya macam tu.. @,@
dah, jangan banyak cakap, mari kita belajar buat teh tiga lapis ni sama-sama.
Bahan-bahan
200 ml susu cair
Ais secukupnya
Bahan Air Teh
200 ml air panas
1 uncang teh
Bahan air gula Melaka
80 g gula melaka
150 g gula merah
40 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan
Cara-cara nak buat :)
1. Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.
2. Perlahankan api, renehkan hingga pekat (jangan terlalu pekat kerana ia akan menjadi keras bila sejuk). Biar sejuk.
3. Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.
4. Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.
5. Akhir sekali, tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.
|